Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Friday 4 May 2012

tak sangka blog aku yang tak femes pun ada orang nak STALK

Monday 23 April 2012

syukur , alhamdullilah :)

alhamdullilah ... now i am girl with a big hearts , a princess to my daddy's , a sweetie to my encik syurgaaaa & last but not lease now i am a tutor :)

nak habis cuti dah pun baru nak jumpe kerjaaaa. haha, xley2 aku kena workhard jugak sebab nanti nak pegi king & mira's wedding dekat melaka. so, kena pakai banyak duit then mesti kena kerja. haha. papepun.. aku kerja kerana ALLAH S.WT. supaya rezeki yang aku dapat ni diberkati oleh-NYA.

petang ni..nak cite satu bende.. actually , tak tahu la nak sebut macam mana,, sebab kita satu malaysia,seagama islam ni kena ambik tahu perasaan orang lain kan? bende ni of coz la berlaku dekat fb..  eff x nak sebut nama. sape orang tu, kat mane org tu tinggal..tapi...eff sedih la sebab ada lagi manusia yang macam ni.. dah tahu dah orang tu sekian..sekian... tapi kenapa masih nak mengungkit bende ni kat orang lain? atau pun nak menanya kat orang lain? as a human.. you should know why other people has make us closer.aihhhh , sumpah aku tak faham.

lepas tu,, kalau dah orang tu cakap macam tu,, kau pulak nak naik angin nak menunjukkan ego kau yang tinggi macam langgit ketujuh tuh. kononla x mau dengaq cita orang lain,,tapi hati hanq tu apa ? aiiishhh . demi ALLAH kalau bende ni xde kene mengena dengan eff , eff x kan ambik tahu..lantak kau lah kau nak terjun sungai pun..tapi...this dignity of my family. i love them .

yang paling x leh blah,, kau saje buat bende tuh depan aku? hehhh ? memang 100% aku x faham.




p/s : kau ada family , aku pun ada family.. kalau dah x puas hati sangat ,, go ahead cari jalan lain,,jangan tunjuk depan aku.




Thursday 12 April 2012

busy . sorry to my dear bloggers !

sorryy . dh lme..n dah brape hari dh x update blog ni..so, kat sini eff nak korang semua doakan eff. tomorrow i've interview for PROJECT COORDINATOR at one of oil & gas company. my boss would be mat salleh and i'm also woking under negro. huaaaaaaaaaa..menjerit la sepuas2nya sebab eff kene 100% speaking. boleh ke, x boleh ke.. eff terpaksa cakap jugak..so,,doakan eff berjaya. kalau eff dapat kerja as a project coordinator, eff belanje korang semua. okay ? hehe. nantikan resultnye esok !


pray for me . bubye. goodnites all. loves :)

Tuesday 10 April 2012

knpe aku tinggalkan semua tu ?

assalamualikum & morning to all :)

hari ni dah masuk 11 april 2012 dan sekarang tepat jam 1 pagi dan ak masih lagi kelip-kelipkan mata untuk menceritakan sedikit kisah silam ak. now, i am 20 . big girl ,sister,woman,niece what else ? and of coz a big student who have a heavy responsbility on her family n friends.



dengan adanye gambar-gambar diatas adalah lambang dri ak sebelum ak menjejak langkah ke alam menegah. ak tahu agama, tp ak tidak pernah nak ambik serius pendek kata memg x tahu kemane hala . ak ada mak & abah yg pernah sampai ke tanah suci dan bagi ak, mereka mencurahkan kasih sayang yg cukup dan didikan agama yg baik buat ak . pd sebelah ptg, mereka menghantar ak ke "pintar al-quran" untuk mengaji...tp..mungkin ak memg x tidak pandai dan x pernah nak ambik serius dgn apa yg mak abah buat . kalau waktu kelas mengaji dlu semua org pg solat, ak mesti ke surau jugak tp x mungkin ak menyempurnakan solat aku. mane pernah aku x pakai jubah ke kelas mengaji..kerna mak & abah telah belikan aku pakaian kekelas mengaji dengan sebaiknya.tapi aku sendiri tak pernah bersyukur dengan apa yg aku ada.

setelah itu , mak & abah nekad untuk hantar aku ke sekolah berasrama penuh dan aku ditempatkan di MRSM Kuala Lipis .sekolah ni terletak agak dipedalaman, bayangkan bandar dengan sekolah kami terletak sejauh 8km. agakkkkkkkkkkkk jauhhhhhhhhhhhhh dan sekolah aku tu boleh kata dalam hutan jugak.hanya unggas-unggas saje yg dpt menemani aku dgn kwn2 aku pada waktu malam.aku tiba disekolah tu pada tahun 2005 , line hp pun x de apetah lagi line internet -.- .sangat seksa . hanya 5 buah telefon awan sahaja yg boleh kami gunakan untuk menelefon.itupun kadang2 ok, kadang2 k.o . tahun pertama (form 1 ) aku memang nak balik rumah.homesick tahap giler bengong la..dan aku memang nak balik RUMAH!! memang x tentu hala hidup aku.pada waktu tu pulak, aku tinggal satu floor dgn senior. hanya aku berempat sahaja budak form 1 ketika tu, kami x kena buli , tapi kami slalu dipandang pelik . haaahhhh ? apa lagi ? tapi dengan kesusahan itu..aku belajar untuk berdikari.tahun demi tahun , aku beljar hidup susah.maklumlah balik rumah pun 1 bulan 1 skali. naik kreta pun 1 bulan 1 kali ,dpt tgk bandar pun 1 bulan 1 kali..apetah lagi tgk tv. seolah2..aku keluar selepas sebulan tu..carta radio yang first tu dah turun anak tangga yg kebeberapa. hehe . saje buat lawak .makanan kat dewan makan pulak, macam nak bagi sape makan ntah . huuhh? tp aku yakin,pada waktu tu..memang giler2 sangat bersyukur.dapat makan free.ikan tongkol pun,ikan tongkol lah.jnji free,dpt makan. nak mengharapkan pizza,kfc, memang mcm tunggu bintang jatuh dr langit la.

tapi......alhamdullilah , tempat yang mengajar aku erti hidup susah dulu ialah kejayaan aku sekarang.tempat yang memang membawa segala erti kehidupan termasuklah agama. aku yakin dan aku bersyukur,ALLAH menghantar aku ke tempat susah tu ialah untuk aku berubah menjadi wanita yang baik..anak yang baik.. kat sekolah tu memang diberi didikan agama yang cukup..solat berjemaah setiap waktu..hanya perkataan "malas atau rajin" je yg ubahkan aku. aku pun x tahu knape, waktu kat skolah dlu..slalu sgt ak dan kwn2 aku berpuasa..walaupun dah thu nnt berbukak dgn lauk yg tak seperti apa yg kteorg nak.sekolah ni banyak ubahkan aku dr segi aurat..dr aku kecik smpailah aku berumur 12 tahun,,ak x pernah menutup aurat aku dgn sempurna..especially pakai tudung. dah masuk sekolah ni , semuaya berubah . Alhamdullilah.

bagi aku , segala peluang yang ada, apa yang ALLAH dah tentukan buat kita ..itu adalah yang terbaik buat kita. ak sndri pun kne sedar dengan takdir ALLAH kpd aku sekarang ni . walaupun bnyk dugaan yang ak hadapi, ak kene tabah dan terus bersemangat untuk hidup yang sememangnya semua itu adalah mlik yang Maha ESA.dan kini... ak nak tinggalkan semua yang aku lalui waktu skolah rendah dulu dan ingin menjadi yang terbaik buat famli aku sendri dan jugak kwn2 kerna ALLAH ta'ala dah mencatatkan apa yg terbaik buat aku.

suke baca ayat ni.. " wanita solehah didunia adalah lebih baik daripada bidadari disyurga "


its me




i love this qoutes :)

so , i hold onto this " when ALLAH desire good for someone , HE tries them with hardship"-sahih bukhari





sekian , :)

Monday 9 April 2012

kerja kerja kerja

hello 10th april 2012 , dear bloggers :





malam ni nk update pasal keja.cuti 2 bulan ni agak2 memang mati kura-kura la , x pun mati kutu, mati lembu,mati ayam, mati ape lg? mati dinasour je belum ni. last weekk pegi mintak keje dekat bank hong leong.keje for this sem break je , then td pg la keje. dpt jd teller yang kastemer servis tuuu, tp akhirnye ari ni dah waktu nak balik dah..manager bank tu ckp.. "if u nak permanent jd teller for this 2 month..gnti org bersalin ni,,u kena pg interview dekat HQ hong leong klang lama" aku memang pandang die mcm eeeeeeeeeeeeeee..knpe la ade jugak prosedur2 yg buat aku rse memg malas dh nk keje nih. mengade2 la pulak. dah x cukup pekerja tu buat la mcm x cukup pekerja..bnyk bunyi pulak. nak x nak khidmat aku ni ? haaaiiyyyaa.. nasib baik bank tu bukan mak aku yg punya,  kalau x .dgn kau2 skali aku buang keje. hahahha.. pe2 pun sementara tunggu dipanggil oleh HQ nih , ak nak cri keje sambilan. pape pun memg x nak keje 7E , MCD , PIZZA , ape lg.. KRR..dan yg seangkatan dgnnye lah . haha

btw , mungkin ramai tanya , boleh ke keje bank umo baru 20 tahun, pastu sijil ape2 pun blum ada lagi . actually kalau nk keje2 ni, korang kene mempunyai self confident , who speaks fluent infront others,not just a high school examinations result.but,maybe  its more better if examinations result be satisfactory to convince the parties concerned.

then , wish me luck for tomorrow . love you peepsss :)